Friday, July 18, 2008

PERINGATAN

PERINGATAN

SEMUA PELAJAR-PELAJAR TING. 5, SMK CHERAS PERDANA ADALAH DIINGATKAN BAHAWA TEMPAHAN UNTUK BORANG MATRIKULASI 2009/2010 MASIH DIBUKA. PELAJAR YANG BERMINAT MEMOHON ADALAH DIINGAT SUPAYA SEGERA MENYERAHKAN PHOTOSTATE KAD PENGENALAN DAN BAYARAN KEPADA KAUNSELOR EN. MOHD YUSOF ATAU PN. NORIZAN.

Aktiviti Unit Bimbingan & Kaunseling

Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK Cheras Perdana
Aktiviti Julai 2008

17 Julai - Ceramah Jauhi Dadah & Anti merokok di Dewan Sri Rohani. Masa 9.00 pagi hingga 10.30 pagi dan 2.00 ptg hingga 3.30 petang

19 Julai - Program RIMUP, SMK Cheras Perdana, SMK Perimbun dan SMK Cheras Jaya bertempat di Dewan dan perkarangan SMK Cheras Perdana. Masa ialah 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 60 orang pelajar pelbagai kaum dari ketiga-tiga buah sekolah akan mengambil bahagian.

22 Julai - Lawatan Kerjaya ke Kolej Tunku Abdul Rahman, Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur. Seramai 80 orang pelajar Tingkatan 5 akan menyertainya.

26 Julai - Program Perkembangan Staf SMK Cheras Perdana. Antara pengisiannya ialah Senaman Pagi, ceramah kesihatan dan Bengkel 'Team Building'. Masa ialah 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

PRS SMK CHERAS PERDANA

PRS merupakan satu badan khidmat pelajar yang sangat penting di sekolah. PRS juga merupakan kakitangan khidmat sokongan di Unit Bimbingan & Kaunseling, membantu kaunselor pelajar menjayakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Memandangkan pengaruh PRS amat penting di kalangan rakan-rakan sebaya di sekolah, sewajarnyalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka dipertingkatkan dari masa kesemasa.

Adalah diharapkan setiap pengawas PRS akan :

1. Memahami secara lebih mendalam akan peranan, fungsi dan tanggungjawab mereka di sekolah.
2. Dapat memahami, menguasai dan mempraktikkan segala kemahiran yang diperolehi.
3. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif dan bersikap optimis.
4. Dapat meningkatkan daya kreativiti serta potensi yang sedia ada.

Saya mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua PRS SMK Cheras Perdana. Mudah-mudahan dengan adanya khidmat sampingan dikalangan pelajar sendiri dapat membantu mengurangkan masalah salah laku di sekolah. Moga-moga khidmat kamu diberkati Tuhan. Sekian, terima kasih.

Thursday, July 17, 2008

Selamat datang ke blog Cheras Perdana

SMK CHERAS PERDANA

KERTAS KERJA KELAS BIMBINGAN

PMR / SPM 2008

1.0 PENGENALAN

Keputusan peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan masih ada ruang untuk pihak sekolah melakukan sesuatu untuk memperbaikinya. Justeru itu pihak sekolah telah berusaha bersungguh-sungguh menjalankan pelbagai program supaya kecemerlangan akademik dapat dicapai disekolah ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memantap dan memperkukuhkan lagi kualiti pencapaian murid-murid cemerlang.

2.2 Membimbing murid tahap sederhana untuk mencapai keputusan yang baik

2.3 Meningkatkan prestasi murid-murid yang lemah ke tahap Gred D untuk PMR dan Gred 8 E untuk SPM.

2.4 Meningkatkan prestasi sekolah dari segi kuantiti dan kualiti di peringkat PMR dan SPM.

3.0 JADUAL PELAKSANAAN

1. PMR 10 Mac 2008 hingga 13 Mac 2008

2. SPM 10 Mac 2008 hingga 13 Mac 2008

4.0 KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

5.0 MATA PELAJARAN

Tingkatan 3 (PMR)

Bahasa Melayu Pendidikan Islam

Bahasa Inggeris Sains

Sejarah Kemahiran Hidup 1, 2, 3, dan 4.

Matematik

Geografi

Tingkatan 5 (SPM)

Bahasa Melayu Pendidikan Islam

Bahasa Inggeris Sains Teras

Sejarah Fizik / Bioilogi / Kimia

Matematik EST

Matematik Tambahan ERT

Pendidikan Moral Landskap dan Nurseri

Prinsip Perakaunan Pendidikan Seni Visual

Perdagangan Ekonomi Asas

6.0 PENUTUP

Kelas Bimbingan ini diharapkan dapat membantu murid-murid meningkatkan prestasi sekolah khususnya dalam bidang akademik. Kerjasama daripada pihak seklolah, guru-guru, ibu bapa diharapkan membuahkan hasil yang membanggakan demi kebaikan bersama.