Friday, July 18, 2008

PRS SMK CHERAS PERDANA

PRS merupakan satu badan khidmat pelajar yang sangat penting di sekolah. PRS juga merupakan kakitangan khidmat sokongan di Unit Bimbingan & Kaunseling, membantu kaunselor pelajar menjayakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Memandangkan pengaruh PRS amat penting di kalangan rakan-rakan sebaya di sekolah, sewajarnyalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka dipertingkatkan dari masa kesemasa.

Adalah diharapkan setiap pengawas PRS akan :

1. Memahami secara lebih mendalam akan peranan, fungsi dan tanggungjawab mereka di sekolah.
2. Dapat memahami, menguasai dan mempraktikkan segala kemahiran yang diperolehi.
3. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif dan bersikap optimis.
4. Dapat meningkatkan daya kreativiti serta potensi yang sedia ada.

Saya mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua PRS SMK Cheras Perdana. Mudah-mudahan dengan adanya khidmat sampingan dikalangan pelajar sendiri dapat membantu mengurangkan masalah salah laku di sekolah. Moga-moga khidmat kamu diberkati Tuhan. Sekian, terima kasih.

No comments: